Sistem Pembayaran Tempat Letak Kenderaan yang
di Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan
di Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan
Seiring dengan perkembangan teknologi semasa, Majlis Perbandaran Seremban menawarkan sistem letak kereta elektronik bagi memudahkan kehidupan orang awam.
Kini dengan hanya menggunakan telefon pintar, pengguna di Seremban boleh membayar caj tempat letak kenderaan melalui aplikasi JomParking® yang begitu mudah dan pantas tanpa perlu berulang-alik ke mesin letak kereta dan mengumpul syiling.
Selain itu, pas bulanan digital juga disediakan. Pengguna di Seremban boleh membeli pas bulanan digital melalui aplikasi yang sama (JomParking®).
Bagi yang lebih selesa dengan pembayaran manual, pihak majlis juga menyediakan perkhidmatan pembayaran tempat letak kenderaan melalui kupon.
Aplikasi telefon pintar yang menyenangkan kehidupan orang awam ini mempunyai ciri-ciri yang hebat antaranya seperti berikut:
Anda boleh membayar tempat letak kereta di mana jua anda berada dengan menggunakan aplikasi ini, tidak perlu menempuh panas terik mahupun meredah hujan demi membayar caj parkir.
Aplikasi ini menggunakan sistem pembayaran digital yang selamat lantas dapat mengurangkan penggunaan wang tunai. Tambah nilai prabayar aplikasi ini sepenuhnya melalui dalam aplikasi iaitu sama ada perbankan atas talian ataupun kad debit/kredit.
JomParking® mempunyai ciri peringatan yang mana akan memberitahu pengguna 15 minit sebelum masa parkir tamat dan boleh terus menambah masa tanpa perlu ke kenderaan.
JomParking® juga mempunyai ciri pengesanan lokasi automatik jadi anda boleh terus membayar parkir di halaman utama tanpa perlu tercari-cari di dalam aplikasi.